the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas helikopter: Semua mayat mangsa telah dikeluarkan

LUMUT: Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

“Tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dan mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“Kerja-kerja siasatan nahas yang diketuai oleh TLDM bersama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dilakukan di lokasi nahas dan butirannya kita akan keluarkan kelak,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata kesemua ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan bagi tujuan pengecaman.

“Semua mayat mangsa masih berada di sini (Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut) dan proses pengecaman masih dilakukan.

“Selepas selesai proses terbabit mangsa akan dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) bagi tujuan bedah siasat. Setakat ini siasatan berhubung nahas masih dilakukan,“ katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings