the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Feb lepas.

Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, menyaksikan kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings