the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pakar: Pengambilan vaksin tambahan kurangkan risiko penyakit ketika tunai haji

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah digalakkan supaya mengambil suntikan vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan vaksin pneumokokal sebagai pilihan sebelum menunaikan haji tahun ini, kata Pakar Anestesiologi Hospital Kemaman, Terengganu Ahmad Nizam Ismail.

Beliau berkata walaupun kedua-dua vaksin itu merupakan pilihan seperti termaktub di dalam Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 9, pengambilan perlu dititikberatkan kerana vaksin terbabit mampu membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit salur pernafasan.

Ahmad Nizam yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengetuai rombongan perubatan haji tahun ini sebagai ketua pakar berkata pada musim haji lepas, penyakit salur pernafasan adalah penyumbang terbesar penyakit yang menyerang jemaah haji.

“Penyakit salur pernafasan seperti jangkitan kuman dan radang paru-paru, secara keseluruhan menyumbang kepada 60 peratus bagi pesakit luar yang mendapat rawatan di Klinik Maktab TH di Tanah Suci, manakala 49 peratus masalah berkaitan pernafasan ditempatkan di pusat rawatan TH,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Pada 8 Jan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.

— LAGI

HAJI-VAKSIN 2 KUALA LUMPUR

Ahmad Nizam berkata jemaah haji yang berusia 50 tahun dan ke atas, perokok dan/atau pengguna rokok elektronik; mempunyai penyakit pernafasan seperti asma atau paru-paru obstruktif; menghidap penyakit diabetes, jantung, buah pinggang, neurologi dan obes digalakkan mengambil kedua-dua vaksin pilihan itu.

Beliau yang telah berkhidmat selama 12 tahun di Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Kritikal (ICU) Hospital Kemaman serta 22 tahun berada dalam bidang perubatan berkata dengan penambahbaikan ujian baharu di dalam garis panduan haji pada tahun ini nyata mampu mengoptimumkan jumlah jemaah haji yang diserang penyakit ketika menunaikan haji.

“Di dalam garis panduan itu ada dimasukkan Penilaian Ujian 30 Saat Duduk dan Berdiri yang menguji kekuatan dan daya tahan anggota kaki. Kelulusan diberikan bagi bakal haji yang dapat menyelesaikan ujian melebihi kadar purata mengikut skala umur dan jantina.

“Begitu juga dengan Penilaian Ujian Masa Berdiri dan Berjalan (TUG) yang menilai kebolehan berjalan dan keseimbangan. Kelulusan diberikan kepada mereka yang dapat melengkapkan ujian di bawah 12 saat,” katanya.

Ahmad Nizam yang turut serta menjadi petugas perubatan di Tanah Suci pada musim haji lepas berkata seramai 108 jemaah yang dirujuk ke Hospital Arab Saudi mengalami masalah kesihatan kritikal.

— LAGI

HAJI-VAKSIN 3 KUALA LUMPUR

“Rata-rata jemaah kita jatuh sakit akibat masalah pernafasan,” katanya sambil menegaskan jangkitan salur pernafasan penyumbang utama kepada masalah kesihatan jemaah haji.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kesihatan Jabatan Haji TH Dr Muhammad Shafiq Samsudin ketika menjadi tetamu Podcast TH Ke Udara bertajuk “Kesihatan dan Kriteria Bakal Jemaah Haji”, baru-baru ini berkata jemaah haji perlu bersiap sedia untuk memenuhi syarat dan kriteria kesihatan yang ditetapkan sebelum menunaikan haji.

Jelas beliau, bakal jemaah haji perlu menjaga tahap kesihatan untuk memenuhi kriteria kesihatan berpandukan syarat kerajaan Arab Saudi dan garis panduan yang dikeluarkan KKM.

“Bagi musim haji 1445/2024, TH mengguna pakai Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 9 menggantikan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi Pandemik dan antara perubahan bagi kriteria Indeks Jisim Badan (BMI) adalah tidak melebihi 32.5 dan mempunyai penyakit komorbid tidak terkawal, tidak boleh pergi.

“Kandungan gula dalam darah (HbA1c) yang ditetapkan adalah di bawah 8.5 peratus dan beberapa penyakit lain. Selain itu, bakal jemaah seharusnya mengamalkan pemakanan seimbang, melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, menjalani beberapa ujian fizikal dan mental selain mengelakkan tabiat merokok atau rokok elektronik,” katanya.

— LAGI

HAJI-VAKSIN 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau berkata kerjasama antara TH dan KKM juga adalah selaras dengan Akta 535 Akta Tabung Haji 1995 bagi memastikan pemeriksaan kesihatan terhadap setiap bakal jemaah haji setiap tahun mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Dr Muhammad Shafiq berkata bakal jemaah haji yang menghidap penyakit kronik berisiko tinggi dan tidak stabil dianggap tidak memenuhi syarat wajib haji atau dipanggil istito’ah kesihatan.

“Rakyat Malaysia begitu bertuah kerana kita ada KKM yang menjaga isu-isu kesihatan jemaah haji di Tanah Suci dan TH menjaga kebajikan secara amnya. Untuk menilai orang itu istito’ah ataupun mampu dari segi kesihatan atau tidak, adalah dengan melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan untuk bakal haji adalah untuk menentukan kelulusan untuk mengerjakan haji mengikut garis panduan,” katanya.

Beliau berkata kira-kira tiga juta jemaah seluruh dunia mengerjakan haji pada tahun lepas dan TH mendapati faktor cuaca yang panas dengan kesesakan orang ramai memberi cabaran kepada kesihatan mereka.

“Bakal jemaah haji diminta mengamalkan saranan bagi mengelakkan isu kesihatan dengan menjaga kebersihan diri, mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari serta minum air secukupnya bagi memastikan badan kekal terhidrat,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings