the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pearly tampil lebih yakin selepas jalani latihan fizikal

KUALA LUMPUR: Setelah pulih daripada beberapa kecederaan dialaminya tahun lepas dan meningkatkan keupayaan fizikalnya, pemain beregu wanita negara Pearly Tan kini lebih yakin untuk menghadapi musim baharu bermula dengan kempen Terbuka Malaysia 2024 yang membuka tirai di Axiata Arena, esok.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata mempertingkatkan latihan fizikal penting dalam usaha beliau bersama gandingannya M.Thinaah memburu penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

“Kondisi badan jauh lebih baik dan yakin, tapi saya perlu lakukan lebih banyak senaman untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi. poada 2024, saya benar-benar mahu bebas daripada kecederaan dan fokus untuk meningkatkan permainan saya langkah demi langkah,” katanya kepada pemberita selepas sesi percubaan gelanggang kejohanan berstatus Super 1000 itu di sini hari ini.

Pearly berkata komunikasi jelas dan fokus adalah penting dalam perlawanan pusingan pertama esok, menentang bintang muda China Liu Sheng Shu-Tan Ning, yang pernah dikalahkan pada dua pertemuan terdahulu.

Pada edisi 2023, Pearly-Thinaah tersingkir awal selepas tunduk kepada wakil Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva pada pusingan pertama.

Kemudian, kecederaan serta keadaan kesihatan memberi kesan kepada Pearly pada 2023, menyebabkan ranking dunia juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu turun kepada kedudukan ke-12 pada Disember berbanding tempat kelima pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Thinaah berharap dapat meneruskan momentum baik mereka di tanah air, menyaksikan mereka muncul naib juara Masters Malaysia pada Mei tahun lepas.

“Saya rasa segalanya baik untuk kami, dan kami gembira bermain di tanah air. Harap dapat memberikan persembahan yang baik dan saling memberi motivasi serta sokongan kepada satu sama lain.

“Bagi musim 2024 ini, saya rasa kami hanya mahu fokus perlawanan demi perlawanan. Kami tidak mahu terlalu jauh merancang, hanya mahu fokus pada setiap mata, setiap perlawanan,” katanya.

Selain Pearly-Thinaah, wakil Malaysia dalam acara beregu wanita turut menyaksikan aksi pemain berpengalaman Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang akan menentang Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan dari China, dan gandingan Anna Cheong-Teoh Mei Xing dijadual berdepan Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan pada Rabu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings