the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja pasar borong cedera ditikam besi tajam

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Terdahulu, video berdurasi 47 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan kesakitan dipercayai akibat ditikam objek tajam pada bahagian belakang badan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an cedera pada bahagian belakang badan selepas ditikam besi tajam oleh individu tidak dikenali di Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Jasni Zolpa berkata kejadian berlaku pada 8.40 pagi semasa mangsa sedang bekerja di pasar itu.

“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil.

“Rakan mangsa membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari tadi dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 47 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan kesakitan dipercayai akibat ditikam objek tajam pada bahagian belakang badan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img