the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemerhati ASEAN dihantar bawah perjanjian damai Thailand-Kemboja

Pemerhati dari negara ASEAN termasuk Malaysia akan dihantar bawah perjanjian damai Thailand-Kemboja yang ditandatangani di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Pemerhati daripada negara ASEAN termasuk Malaysia akan dihantar di bawah perjanjian damai yang ditandatangani Kemboja dan Thailand hari ini, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“(Iaitu) untuk memastikan keamanan itu berterusan dan berkekalan dan saya tidak ragu-ragu bahawa ia akan berlaku,” katanya sebelum menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand di sini hari ini.

Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bersama-sama Trump, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian itu, yang digelar sebagai “Perjanjian Damai Kuala Lumpur”, ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, yang bermula hari ini.

Selain itu, Trump berkata di bawah perjanjian damai itu, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua pertelingkahan dan berusaha untuk membina hubungan kejiranan yang baik antara satu sama lain.

“18 tawanan perang Kemboja (juga) akan dibebaskan,” katanya.

Perjanjian damai itu menandakan satu kejayaan dalam diplomasi serantau ASEAN, mencerminkan komitmen blok itu terhadap pencegahan konflik, kestabilan dan kerjasama di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemamampanan”.

Thailand dan Kemboja telah lama bertelagah mengenai sempadan 817 kilometer mereka, dengan ketegangan baru-baru ini memuncak menjadi konfrontasi tentera pada 24 Julai lepas.

Pada 28 Julai,  Anwar menganjurkan mesyuarat penting di Putrajaya antara Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara.

Gencatan senjata itu dilihat sebagai pencapaian utama ASEAN yang mencegah peningkatan ketenteraan dan memastikan keselamatan ribuan orang awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Huawei Targets Over 80 Models This Year Adopting Its Driver Assistance System, Over 3 Million Cars

Huawei Technologies is aiming to have its Qiankun ADS advanced driver assistance system fitted into over 80 different vehicle models this year and hitting 3 million units on the road.Currently, Qiankun ADS is used in around 30 models as of November 2025, but the technology is being quickly adopted by Chinese carmakers.

Aurastone announces Malaysia expansion with new Johor fabrication hub and design showroom

Aurastone has officially entered the Malaysian market with the launch of a new fabrication hub and design showroom in Johor Bahru, providing end-to-end stone solutions, premium sintered stone collections, and reliable support for the region’s growing architectural and interior design sector.

Most Viewed

Aurastone announces Malaysia expansion with new Johor fabrication hub and design showroom

Aurastone has officially entered the Malaysian market with the launch of a new fabrication hub and design showroom in Johor Bahru, providing end-to-end stone solutions, premium sintered stone collections, and reliable support for the region’s growing architectural and interior design sector.
spot_img

Popular Categories