the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penahanan salah: Peguam fail permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang peguam telah memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan kerajaan berhubung dakwaan salah guna kuasa kerana menangkap dan menahan beliau secara salah pada Oktober 2023.

Rosli Dahlan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Dis lepas menerusi Tetuan Vin Law Co dan ia telah ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 19 Feb ini.

Beliau menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urussetia Ketua Polis Negara Datuk Muhammad Hasbullah Ali serta Timbalannya ACP Foo Wei Min dan Pegawai Penyiasat Superintenden Mohd Faizal Mohd Atan sebagai responden pertama hingga kelima.

Turut dinamakan Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, PDRM, JIM dan kerajaan.

Rosli memohon perintah untuk membatalkan keputusan atau tindakan responden pertama hingga kelima yang didakwa menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengaitkan beliau dengan laporan polis berkaitan i-Serve Technology and Vacations Sdn Bhd (i-Serve) yang tiada kena-mengena dengannya.

Beliau juga memohon perintah bahawa tindakan kelima-lima responden yang menyebabkan tangkapan, penahanan dan tahanan reman terhadapnya pada 26 Okt 2023 serta membekukan akaun banknya adalah menyalahi undang-undang serta melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Peguam itu turut memohon agar mahkamah membatalkan sekatan ke luar negara terhadapnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings