the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir, minggu lepas.

Mohammed Rashid Rahmat, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Mohammed Rashid didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang masing-masing berusia tujuh tahun empat bulan dan tujuh tahun lima bulan di pekarangan koridor PPS di sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Nerus antara 6 petang hingga 8 malam pada 22 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan agar melapor diri di Balai Polis Gong Badak setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai serta tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding.

Mahkamah menetapkan 31 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nurul Najmi Adila Md Nasir. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings