the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penuntut jururawat hilang dijumpai di Johor

KOTA BHARU: Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib (gambar) yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Ibunya Maznah Ismail, 44, berkata Nor Diana, 21, didapati tinggal bersama kakak angkatnya yang dikenali sebagai Ika sebelum dijemput polis dan ahli keluarga kira-kira 3.50 pagi tadi.

“Melalui bantuan polis, kami sudah membawa Nor Diana pulang ke rumah anak saudara di Johor dan akan bertolak pulang ke Kelantan petang ini,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Maznah berkata sejak dijumpai, anaknya kelihatan murung dan banyak berdiam diri serta tidak seceria seperti sebelum ini.

Menurutnya, Nor Diana yang juga penuntut tahun satu Diploma Kejururawatan memaklumkan keluarga tidak memahami situasinya yang mahu berhenti belajar dan ingin bekerja.

“Kami pelik kerana selama ini Nor Diana tidak pernah mengadu masalah semasa belajar, malah pengajian itu pula ialah pilihannya sendiri tanpa ada sesiapa memaksa,“ katanya.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur kerana Nor Diana telah ditemukan sekali gus dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri ini.

Media sebelum ini melaporkan penuntut ILKMM Kampus Alor Setar, Kedah itu sepatutnya pulang ke rumah keluarga di Perumahan KTMB Tumpat ketika cuti pertengahan semester, namun tidak berbuat demikian dan gagal dikesan keluarga. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings