the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.

Bagaimanapun, KTMB dalam kenyataan di sini tidak menyatakan lokasi insiden tersebut dan menjelaskan kejadian tersebut telah menyebabkan kedua-dua landasan bagi laluan Rawang-Tanjong Malim, terhalang.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan Komuter sektor Tanjong Malim-KL Sentral-Tanjong Malim akan ditamatkan di Serendah manakala perkhidmatan ETS akan dimaklumkan kelak.

“Insiden ini akan mengambil masa untuk dipulihkan kerana alat talian atas terputus,” menurut kenyataan itu.

Justeru, KTMB menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang perkhidmatan Komuter Lembah Klang bagi perjalanan pergi dan balik laluan Sungai Buloh ke Serendah manakala laluan KL Sentral-Sungai Buloh-Tanjung Malim untuk penumpang ETS.

“Pihak KTMB akan melaporkan perkembangan terkini situasi dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings