Polis menafikan tularan media sosial mengenai kes bunuh pelajar di pekan lama Kuala Selangor, tiada laporan diterima berkenaan kejadian itu.
SHAH ALAM: Polis menafikan berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan seorang pelajar di sekitar pekan lama Kuala Selangor seperti yang ditular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.
Beliau menegaskan tiada pelajar sekolah dibunuh di tempat itu dan tiada kes bunuh kanak-kanak sama ada di tempat itu atau tempat lain sekitar Kuala Selangor.
Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pelajar dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai menjual cermin mata.
Gambar itu didakwa berlaku di kawasan pekan lama Kuala Selangor. – Bernama










