the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: Polis, tentera, undi pos mulai hari ini, undi awal hanya libatkan tiga pengundi

KUALA TERENGGANU: Kesemua 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang layak mengundi awal, 28 Nov ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman mengundi secara pos, bermula hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan (gambar) berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua anggota terlibat untuk menukar kaedah mengundi dari mengundi awal kepada mengundi secara pos

“Langkah ini bagi memastikan anggota dapat memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir,“ katanya pada sidang media PRK Kemaman dan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, undi awal yang ditetapkan pada 28 Nov ini tetap akan dilaksanakan melibatkan tiga pengundi yang merupakan pasangan bagi anggota tentera.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini untuk hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Dalam pada itu Mazli berkata setakat ini polis menerima 16 permohonan permit untuk ceramah dan program kempen daripada kedua-dua parti bertanding.

Menurut Mazli sepanjang lima hari tempoh berkempen setakat ini, tiada kejadian atau insiden tidak diingini berlaku yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan keamanan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan ditetapkan.

“Tidak ada permit ceramah ditolak setakat ini. Polis juga ingin mengingatkan semua pihak bahawa kami sentiasa memantau kempen parti politik di saluran media sosial seperti YouTube, Facebook, TikTok dan sebagainya,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings