the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Roche pilih Malaysia sebagai tapak ujian klinikal pertama terhadap manusia

PUTRAJAYA: Gergasi dalam penjagaan kesihatan Switzerland iaitu Roche Pharmaceuticals telah memilih Hospital Umum Sarawak sebagai tapak ujian klinikal pertama terhadap manusia (FIH).

Malaysia akan menjadi negara ketujuh dilibatkan oleh Roche bagi kajian itu dan yang pertama di rantau Asia Pasifik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata Roche adalah syarikat multinasional terkemuka pertama yang membawa ujian klinikal FIH berkaitan indikasi bagi penyakit reumatologi ke Malaysia.

Beliau berkata ekosistem ujian klinikal di Malaysia berkembang pesat dengan lebih 2,300 penyelidikan klinikal tajaan telah dijalankan sejak penubuhan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) pada 2012.

“Malaysia memiliki potensi besar dalam menjalankan ujian klinikal pelbagai rantau dan kita memiliki penyiasat bertaraf dunia, infrastruktur matang dan komprehensif serta landskap kawal selia teguh bagi memastikan pelaksanaan ujian yang selamat terhadap pesakit kita,“ katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian pada program Keunggulan Penyelidikan Klinikal dalam Fasa Awal dan Pembangunan Individu serta menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara CRM dan Roche di sini hari ini.

Beliau berkata pemilihan Malaysia sebagai tapak ujian klinikal global FIH Roche membuktikan keupayaan negara yang semakin berkembang dalam ujian klinikal dan hanya dalam tempoh dua tahun selepas Projek Realisasi Fasa 1 CRM (P1RP) siap yang membolehkan ekosistem FIH di negara ini.

Susulan penyiapan P1RP pada 2021, katanya, Malaysia telah menjalankan satu kajian FIH dan dua kajian pertama terhadap pesakit dengan kajian Roche menjadi FIH pertama di Malaysia berkaitan indikasi penyakit reumatologi.

FIH menggunakan ubat eksperimen baharu untuk merawat pesakit dengan Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) iaitu keadaan autoimun yang memberi kesan kepada sendi, kulit, otak, paru-paru, buah pinggang dan saluran darah.

Roche telah melabur kira-kira RM190 juta dalam ujian klinikal di Malaysia sejak 2012.

Pada majlis itu, CRM turut bertukar MoU dengan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) bagi memacu pembangunan bakat dan kemahiran penyelidikan klinikal di negara ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings