the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki mengambil pinjaman RM50k untuk perkahwinan mewah atas permintaan isteri, kini bergelut untuk membayar

MAJLIS perkahwinan selalunya menelan belanja yang besar dan juga seringkali memberi kesan yang besar kepada simpanan seseorang.

Untuk menampung kos, sesetengah pasangan memilih pinjaman peribadi dengan harapan menjadikan majlis mereka semeriah yang mungkin.

Setelah selesai majlis perkahwinan sering kali berlakunya kes melibatkan tanggungan beban hutang yang membuatkan kehidupan berumah tangga sering bermasalah.

Baru-baru ini, seorang lelaki tanpa mendedahkan identitinya berkongsi kisahnya melalui sebuah hantaran di kumpulan Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, mendedahkan bagaimana dia akhirnya berhutang selepas mengambil pinjaman untuk membiayai perkahwinannya.

Dalam hantaran ringkas, lelaki itu menjelaskan bahawa isterinya berkeras mahukan majlis perkahwinan yang mewah, dan demi memenuhi kehendak isterinya, dia mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

Kini, selepas hanya beberapa bulan, dia mendapati dirinya bergelut untuk membayar semula pinjaman itu. Kesannya pinjaman tersebut telah tertunggak selama tiga bulan.

Lebih memburukkan keadaan, dia berkongsi bahawa isterinya tidak berusaha untuk bekerja atau menyumbang dari segi kewangan. Sebaliknya, dia menghabiskan sepanjang masanya melayari platform media sosial.

“Semua kerana cinta—ambil pinjaman peribadi RM50,000 untuk majlis perkahwinan mewah, sebab isteri nak besar-besaran. “Sekarang, tiga bulan tertunggak bayaran. Isteri tak pernah kerja, 24 jam main media sosial,” tulisnya di hantaran tersebut.

Hantarannya dengan cepat menjadi tular, menarik simpati dan juga kritikan daripada netizen. Kebanyakannya menekankan kepentingan perancangan kewangan dan memilih pasangan yang bertanggungjawab.

“Nak kahwin perlu berbincang dan planning, kalau nampak pasangan sebelum kahwin banyak demand perlu pikir sejenak. Lepas kahwin lagi banyak komitmen perlu settle sebenarnya. Biar kahwin degan isteri biasa2 janji tak memenatkan kepala si suami..ukur baju dibadan sendiri,” nasihat Nurazreen Idris.

“Zaman dulu2 boleh la jadi benda macam ni, zaman sekarang dah banyak media dok cerita, sepatutnya dah boleh jadikan pengajaran atas kesilapan org lain. Pepatah pun ada kata ‘ukur baju di badan sendiri.’

“Dari perabis duit untuk sehari majlis baik perabis untuk siapkan kelengkapan rumah,” komen Mac Gerek.

“Its ok if you can manage, buat loan tak semestinya bodoh. Bodoh tu kalau tak pandai manage,” komen Teuku Irfan Affand

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

IOC hopes for ‘fair play’ after US VP Vance booed at Olympics

The International Olympic Committee hopes for fair play after US Vice President JD Vance was booed at the Milan-Cortina Winter Games opening ceremony.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories