the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AIFF kena ‘game’ dengan ‘Xavi’ muda

PETALING JAYA: Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) yang sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan kebangsaan India ‘dipermainkan’ seorang ramaja berumur 19 tahun yang mendakwa dirinya sebagai Xavi Hernandes, legenda Barcelona dan bekas jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu.

Menurut The Telegraph Online, remaja tersebut mengaku bahawa dia menghantar dua e-mail kepada AIFF dengan menyamar sebagai bekas pemain kebangsaan Sepanyol tersebut.

Remaja itu yang juga seorang penuntut di Vellore Institute of Technology, yang merupakan sebuah universiti swasta di India, memberitahu The Telegraph Online bahawa dia telah mencipta satu alamat emel palsu, [email protected], dan menggunakan ChatGPT untuk menulis email bagi mengisi jawatan ketua jurulatih bola sepak India.

Dia berkata, emel tersebut telah dihantar kepada AIFF sebanyak dua kali iaitu pada 4 dan 5 Julai.

“Saya hanya salin dan tampal respons daripada ChatGPT dan menghantarnya melalui emel. Saya tidak sertakan CV atau apa-apa dokumen, tetapi saya rasa mereka telah melihat emel itu,” pelajar tersebut dipetik sebagai berkata.

AIFF pada 4 Julai memuatnaik satu hantaran di Instagram yang menyatakan bahawa mereka sedang mencari seorang jurulatih baharu bagi membimbing pasukan senior lelaki kebangsaan India.

Pengarah pasukan kebangsaan India, Subrata Paul, juga dilaporkan berkata bahawa AIFF telahpun menerima permohonan jawatan dari Xavi namun nama Xavi tiada dalam senarai pendek yang dipertimbangkan mereka atas faktor kewangan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Xavi atau wakilnya berhubung insiden permohonan palsu ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings