the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom, polis sahkan ancaman palsu

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan sembilan sekolah antarabangsa, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan tujuh di Selangor menerima ancaman bom menerusi e-mel pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (gambar) berkata tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.

“Hasil siasatan di tempat kejadian sehingga 1 tengah hari tadi, tidak menemui sebarang bom di dalam sekolah-sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya e-mel itu adalah maklumat palsu yang hanya bertujuan menimbulkan kegusaran pihak sekolah dan ibu bapa.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata Unit Pemusnah Bom sedang menjalankan tugasan flushing di dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju yang menerima ancaman bom hari ini.

Terdahulu tular mesej di laman sosial mengenai ancaman bom menerusi e-mel tanpa nama yang diterima beberapa sekolah antarabangsa antara pukul 10 dan 11 pagi tadi.

Sementara itu di Pulau Pinang, polis mengesahkan dua sekolah antarabangsa di daerah Timur Laut menerima ancaman bom melalui e-mel hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata pihaknya menerima laporan polis masing-masing dari sekolah antarabangsa di Jalan Sungai Pinang dan Tanjung Tokong itu pada 11.20 pagi dan 12.26 tengah hari.

“Kedua-dua sekolah menerima kandungan dan penghantar e-mel yang sama hari ini bertajuk “bahan letupan telah ditanam di sekolah” serta kandungan e-mel menceritakan penghantarnya mengalami masalah hidup, dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

“Pasukan Unit Pencegahan Bom Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Unit Anjing Pengesan (Unit K9) polis membuat pemeriksaan di dua sekolah dan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan. Pasukan bomba juga berada di kedua-dua lokasi kejadian,“ katanya di sini hari ini.

Katanya pihak polis membuat permohonan semakan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengenal pasti butiran pemilik e-mel berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Di PERAK, Ketua Polis Negeri Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di Ipoh, mengenai satu e-mel yang diterima daripada seorang individu yang tidak dikenali berkenaan ancaman bom di dalam bangunan sekolah.

Beliau berkata pegawai sekolah berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira pukul 10.10 pagi.

Katanya pihak polis terus bertindak pantas dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan sekolah berkenaan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

“Hasil pemeriksaan di seluruh bangunan sekolah itu mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemukan dan selepas keadaan disahkan selamat, semua tenaga pengajar dan pelajar sekolah dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan tersebut kira-kira 1.15 petang,“ katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di JOHOR BAHRU pula, Ketua Polis Negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima lima laporan berkenaan ugutan bom melalui e-mel terhadap sekolah swasta, yang terdiri daripada Masai dan Permas Jaya, Johor Bahru; Gelang Patah di Iskandar Puteri; serta di daerah Kulai dan Muar, antara pukul 11 pagi dan 6.18 petang.

Beliau berkata pasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Cawangan Khas Daerah, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan Unit Anjing Pengesan (K9) diatur gerak ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan yang dijalankan di keseluruhan bangunan sekolah mendapati tiada terkesan sebarang objek yang mencurigakan serta kawasan adalah selamat. Sehingga kini (pukul 7.30 malam), pihak polis masih berada di lokasi-lokasi kejadian bagi menjalankan pemerhatian lanjut,” katanya dalam kenyatan.

Kamarul Zaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings