the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Simbah OKU dengan air panas: Wanita dipenjara 10 tahun, denda RM6,000

BALIK PULAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimbah seorang lelaki Sindrom Down dengan air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Oo Saw Kee, 39, selepas dia mengaku bersalah mencederakan A.Solairaj, 33, di I-Park Apartment di Bayan Lepas pada 19 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan jurujual itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan akan dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Ahzal Fariz berkata mahkamah mendapati ia merupakan kesalahan yang serius, tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap seseorang yang istimewa yang tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Oo ketika kejadian.

Hakim berkata mahkamah berkongsi sentimen masyarakat dan hukuman terhadap tertuduh juga sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu terhadap Orang Kurang Upaya (OKU), sebaliknya mewujudkan persekitaran harmoni dalam kalangan rakyat majmuk di negara ini.

Berdasarkan pertuduhan, Oo dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dengan menggunakan suatu alat panas yang boleh menyebabkan kelecuran iaitu sebuah botol air mengandungi air panas di Lif no 2, I-Park Apartment, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada 9.24 pagi, 19 April lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail memohon mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan dengan begitu kejam dan video insiden dalam lif yang tular itu turut mengundang kutukan masyarakat.

Mohd Nordin juga meminta hukuman berat kerana berdasarkan kesan pernyataan saksi iaitu adik kepada mangsa, Solairaj telah melecur pada bahagian belakang badan, bahu dan leher akibat terkena air panas dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dekat sini.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Edric Loo yang mewakili Oo merayu supaya jaminan minimum dikenakan atas alasan tertuduh seorang jurujual dengan gaji RM1,500 sebulan dan merupakan kesalahan pertamanya.

Pada Jumaat lepas, video insiden dalam lif berdurasi 20 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita menyimbah air panas terhadap seorang lelaki OKU dan siasatan polis mendapati perselisihan faham disyaki menjadi punca kejadian itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings