the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tingkat kerjasama dengan NACC Thailand cegah rasuah di sempadan

BUKIT KAYU HITAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan khususnya rasuah di pintu masuk kedua-dua negara.

Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail berkata kedua-dua pihak juga yakin dengan hubungan dua hala yang baik, ia dapat mencegah kegiatan tidak bermoral itu sekali gus memastikan keselamatan di sempadan berada pada tahap optimum.

“Kerjasama ini akan memudahkan kita untuk mengurang atau menghapuskan kegiatan jenayah rentas sempadan, itu potensi yang kita lihat (daripada hubungan dua hala ini).

“Secara umumnya kita lihat ada kebarangkalian boleh berlaku rasuah (di sempadan), jadi kita nak cegah di peringkat awal sebelum ia berlaku…ia sebagai langkah pencegahan melibatkan pihak berkuasa di kedua-dua negara,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Dialog Pencegahan Jenayah Rasuah Rentas Sempadan bersama Agensi Penguatkuasaan Malaysia dan Thailand Di Kompleks Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.

Dialog berkenaan turut disertai delegasi dari Thailand diketuai Pengarah NACC Wilayah Songkhla Ram Wasuthanapinyo.

Sementara itu, Wasuthanapinyo berharap hubungan dua hala itu dapat membantu kedua-dua negara memastikan tidak berlaku salah laku berkaitan rasuah terutama di sempadan negara.

Beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama sama ada dalam bentuk maklumat atau perkongsian risikan dalam usaha mencegah rasuah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings