the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sri Sanjeevan boleh rayu di Mahkamah Persekutuan kes ditahan secara salah

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan (gambar) boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap penolakan keputusan mengisytiharkan penahanannya selama 16 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1950 (POCA) sebagai menyalahi undang-undang.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Datuk Mary Lim Thiam Suan bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam keputusan majoriti 2-1 memberikan kebenaran kepada Sanjeevan sebagai pemohon untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menentang.

Persoalan perlembagaan yang dibenarkan untuk dihujahkan dalam rayuan substantif ialah apabila perintah mengeluarkan writ habeas corpus dibuat berhubung dengan reman seseorang, adakah ia implikasi yang perlu daripada perintah sedemikian bahawa penahanan itu tidak dilaksanakan mengikut undang-undang di bawah Perkara 5 (2) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu menyalahi undang-undang kerana melanggar Perkara 5 (1) Perkara 5 (2) Perlembagaan Persekutuan dan dianggap sebagai pemenjaraan palsu.

Sri Sanjevaan, 39, menyaman pegawai penyiasat, ASP Poonnam E Keling; Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia selepas mendakwa ditahan secara salah oleh Poonnam selama 16 hari dari 10 hingga 26 Julai 2016, selain turut diserang.

Pada 28 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, membenarkan saman sivil Sri Sanjeevan bagi pemenjaraan salah, serta mengarahkan ganti rugi am, teladan dan teruk dibayar kepadanya,

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa penahanan Sri Sanjeevan adalah menyalahi undang-undang dan haknya bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar oleh Poonnam.

Hakim terbabit mendapati Poonnam bertanggungjawab kerana menahan Sri Sanjeevan secara salah, manakala KPN serta kerajaan bertanggungjawab atas tindakan pegawai polis berkenaan.

Polis dan kerajaan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap Mahkamah Tinggi dan pada 15 Sept tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sri Sanjeevan ditahan pada 10 Julai 2016 mengikut di bawah POCA kerana didakwa terbabit aktiviti jenayah dan dihadapkan ke Mahkamah Majisret pada hari berikutnya yang mengeluarkan perintah reman selama 21 hari.

Sebelum tamat reman, Sri Sanjeevan memfailkan permohonan habeas corpus atau penahanan salah supaya dibebaskan daripada tahanan.

Lelaki itu dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya pada 26 Julai 2016 kerana melanggar prosedur mandatori bawah POCA.

Kerajaan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan tetapi kemudian menarik balik rayuan itu. Sri Sanjeevan pula memfailkan tindakan sivil terhadap polis dan kerajaan atas faktor pemenjaraan secara salah.

Sri Sanjeevan diwakili oleh peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A Dadi mewakili kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings