the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SSM: 87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP

KLANG: Sebanyak 87,282 perniagaan dari seluruh negara telah didaftarkan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dari 1 Jan 2021 hingga 31 Nov lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

Ahmad Sabki berkata SPPP yang diperkenalkan pada 23 Dis 2020 itu merupakan inisiatif SSM bagi membolehkan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan pengecualian fi.

“Untuk SPPP ini, kebanyakannya perniagaan berbentuk runcit, gerai makan kecil-kecilan di tepi jalan (yang banyak berdaftar).

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua peniaga yang belum lagi mendaftarkan perniagaan mereka untuk mengambil peluang berbuat demikian bagi menikmati manfaat berkenaan,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Daya Niaga Usahawan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Sabki berkata sejumlah 2.2 juta perniagaan, 369,671 syarikat diperbadankan dan 15,114 perkongsian liabiliti terhad telah direkodkan berdaftar dengan SSM Selangor setakat 31 Okt lepas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings