the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM2.5 juta

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini hari ini.

MAIPk dalam kenyataan berkata penyerahan zakat perniagaan itu didahului syarikat Belati diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan zakat berjumlah RM190,000 disusuli Felcra Berhad Wilayah Perak diwakili oleh Pengurus Besar Wilayahnya, Yusoff Razali dengan penyerahan zakat sebanyak RM714,234.15.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif Ladang Moccis Sdn Bhd, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000 manakala Pengerusi Millenia Aqua Services Sdn Bhd, Datuk Hang Tuah Din menyerahkan zakat berjumlah RM163,000.

“Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Pengurus Besarnya, Ir Saiful Azzuan Aznam dengan jumlah RM820,000 serta Royal College of Medicine Perak yang diwakili Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar dengan jumlah zakat sebanyak RM400,000,“ menurut kenyataan tersebut.

Turut hadir Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim serta Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Wan Maizura Wan Zahari. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings