the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh: NRES kaji pemasangan sistem amaran awal

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan yang dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan sistem berkenaan dijangka dipasang di tujuh kawasan terpilih pada hujung tahun ini.

“NRES komited terhadap aktiviti penyelidikan dan penggunaan teknologi tinggi terkini dalam mengenal pasti serta pemantauan kawasan hotspot bencana geologi,” menurut kenyataan itu.

Menurut NRES, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dari semasa ke semasa juga akan memperluas dan mengemaskini peta-peta berkaitan melalui Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dalam menyalurkan maklumat berkenaan kawasan potensi bahaya tanah runtuh kepada pihak berkepentingan.

Kementerian itu juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi teknikal untuk memperluas program pengurusan risiko bencana melibatkan komuniti kepada penduduk bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bahaya bencana geologi tanah runtuh.

Sementara itu, berhubung kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, siasatan awal JMG mendapati punca kejadian disebabkan hujan yang berterusan.

NRES memaklumkan hujan berterusan bermula 3 petang, 24 Jan lepas dengan jumlah kumulatif hujan harian mencapai 126 mm pada 25 Jan menyebabkan cerun-cerun semula jadi yang berkecuraman tinggi yang didasari batuan granit (lebih daripada 35 darjah) cenderung untuk runtuh.

“Bagi mengelak risiko kejadian bencana geologi tanah runtuh, NRES melalui JMG mengesyorkan PBT supaya mengambil kira input PBRC dalam perancangan pembangunan dan pengawalseliaan aktiviti kelestarian pertanian di kawasan bercerun,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pada 26 Jan lepas, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita yang merupakan pekerja ladang sayur tertimbus selepas rumah dihuni mereka terlibat dalam insiden tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings