Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

12 terselamat selepas lori Jabatan Perhutanan jatuh gaung di Tapah

Lori Jabatan Perhutanan terbabas jatuh gaung 5 meter di Jalan Tapah-Cameron Highlands, 12 mangsa terselamat termasuk seorang cedera

TAPAH: Seramai 12 individu terselamat selepas sebuah lori Jabatan Perhutanan terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.52 petang semalam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah tiba di lokasi kejadian selepas 53 minit perjalanan sejauh 13 kilometer.

Mangsa terdiri daripada malim gunung, Orang Asli dan petugas Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang terlibat dalam operasi pemasangan papan tanda.

Seorang mangsa terperangkap di dalam lori dan mengalami kecederaan manakala 11 lagi berjaya keluar sendiri dengan bantuan orang awam.

Seorang mangsa berjalan ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan sebelum mangsa cedera dikeluarkan menggunakan pengusung.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 30-an bersama 11 penumpang dalam perjalanan pulang dari kerja.

Cuaca hujan ketika kejadian menyebabkan keadaan jalan menjadi licin semasa lori menuruni laluan berbukit.

Tayar kiri lori disyaki tergelincir akibat keadaan jalan yang sempit dan licin sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

Lori tersebut terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke dalam gaung.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan merancang perjalanan dengan baik terutamanya pada musim tengkujuh. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hualien Launches the Magnificent 2025 Pacific Hot Spring Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 21 November 2025 - The Hualien County Government has announced that the "2025 Hualien Pacific Hot Spring Festival" will be held grandly from November 22nd to December 21st at the century-old hot spring areas: Ruisui and Antong.
spot_img

Popular Categories