the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 28, 2025
26.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

13 individu ditahan polis kes rusuhan guna senjata di restoran Johor Bahru

Polis Johor Bahru tahan 13 individu, termasuk seorang wanita Vietnam, susulan rusuhan guna kerusi besi dan pisau di sebuah restoran di Taman Mount Austin

JOHOR BAHRU: Polis menahan 12 lelaki warga tempatan dan seorang wanita Vietnam dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata di sebuah restoran di Taman Mount Austin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam berlaku apabila dua mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun diserang sekumpulan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Semua suspek ditahan dari jam 3 pagi hari sama sehingga 12.40 tengah malam tadi di beberapa lokasi di sekitar daerah ini.

“Mangsa diserang dengan menggunakan kerusi besi dan pisau pemotong daging menyebabkan seorang mengalami kecederaan pada kepala, lengan, betis dan calar di seluruh badan,” katanya.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan hutang peribadi.

Polis merampas tujuh telefon bimbit, sebilah pisau dan pakaian digunakan semasa kejadian selain giat mengesan suspek lain yang turut terlibat.

Tujuh suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala enam positif dadah jenis ketamin.

Kesemua suspek lelaki direman selama tujuh hari manakala wanita tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories