the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek

14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan 2025, catat 87.91% berbanding purata nasional 98.33%, kata KSN

PUTRAJAYA: Sebanyak 14 kementerian dikenal pasti gagal mencapai sasaran pelaksanaan projek pembangunan fizikal tahun lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata status perbelanjaan projek di bawah kementerian itu mencatat 87.91%, berada di bawah purata nasional.

“14 Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) ini akan saya panggil, dan keputusan ini akan menjejaskan penilaian prestasi mereka melalui DEEP,” katanya.

Beliau menyatakan projek rakyat seperti pembaikan jalan, sekolah, klinik dan hospital dilaksanakan tetapi perlaksanaannya lambat.

“Sebab peruntukan ini kita beri tapi tidak digunakan sepenuhnya, jadi ia rugi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026.

Sehingga 22 Disember 2025, sebanyak 9,578 projek pembangunan telah dilaksanakan dengan peruntukan RM83.06 billion.

Prestasi perbelanjaan merekodkan RM81.67 billion, dengan purata nasional pada 98.33%.

Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) diperkenalkan bagi menilai prestasi penjawat awam.

Demerit dikenakan jika objektif yang ditetapkan gagal dicapai.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories