the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua bekas pegawai bank mengaku salah gagal laporkan rasuah

Dua bekas pegawai bank didenda RM25,000 dan RM6,000 kerana gagal laporkan rasuah berkaitan dokumen pembiayaan perumahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM: Dua bekas pegawai bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal melaporkan rasuah berkaitan penyediaan dokumen perjanjian pembiayaan antara 2021 hingga 2022.

Mohd Haikal Jamaludin, 41, didenda RM25,000 manakala Amira Nabiela Mohamad Jamaruddin, 28, didenda RM6,000 oleh Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mahkamah memerintahkan Mohd Haikal dipenjara 30 bulan dan Amira Nabiela enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Haikal didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM15,920 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya melalui seorang wakil firma guaman.

BACA: Lelaki samar polis minta rasuah RM300 dicekup di Ipoh

Suapan itu diberikan sebagai upah untuk mencadangkan firma guaman tersebut bagi penyediaan lima dokumen perjanjian pembiayaan perumahan bernilai RM2.46 juta.

Dokumen tersebut disediakan di dua cawangan bank di sekitar Petaling Jaya antara 14 April 2021 hingga 13 Januari 2022.

Amira Nabiela didakwa menerima suapan wang tunai RM3,201 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Suapan itu diberikan sebagai upah untuk mencadangkan firma guaman lain bagi penyediaan dua pinjaman pembiayaan perumahan berjumlah RM924,387.20.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Shah Alam pada 23 November 2021.

Kedua-dua tertuduh didakwa melanggar Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka juga melanggar Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Dalam prosiding rayuan, Mohd Haikal memaklumkan beliau menanggung empat anak dan menjaga ibunya yang baru selesai pembedahan kanser tahap empat.

Amira Nabiela memohon hukuman denda rendah kerana kini tidak bekerja dan menanggung komitmen bulanan termasuk rumah, kereta, pinjaman pendidikan dan seorang anak berusia setahun.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhamad Taufik Awaludin dan Nurul Izzati Sapifee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Dalam prosiding berasingan, seorang pegawai bank Koh Wei Yeong, 37, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai RM1,800.

Suapan diberikan sebagai upah mencadangkan firma guaman bagi penyediaan pinjaman pembiayaan berjumlah RM300,000 di cawangan bank di Kelana Jaya pada 13 Mei 2020.

Koh turut berdepan satu pertuduhan pilihan tidak melaporkan pemberian suapan berkenaan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 beserta syarat menyerahkan pasport dan melaporkan diri pada SPRM setiap bulan.

Kes Koh akan disebut semula pada 16 Disember ini.

Sebanyak 49 pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan yang disyaki menerima rasuah akan didakwa secara berperingkat sepanjang November ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories