Monday, October 27, 2025
29.4 C
Malaysia
spot_img

5,369 rumah PPRS dilaksanakan di Sarawak tahun ini

The Sun Webdesk

Kerajaan laksanakan 5,369 unit rumah PPRS di Sarawak dengan kos RM112.42 juta melalui Projek Mesra Rakyat Luar Bandar tahun ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,369 rumah bagi Program Perumahan Rumah Sejahtera (PPRS) dengan kos RM112.42 juta telah dan sedang dilaksanakan di Sarawak menerusi Projek Mesra Rakyat Luar Bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata projek itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Mesra Rakyat luar bandar Sarawak bagi 2025 dengan jumlah keseluruhan RM198.17 juta.

Beliau menyenaraikan projek lain termasuk inisiatif Jalan Perhubungan Desa (JPD) dengan peruntukan RM67 juta melibatkan 169 projek.

Inisiatif Jalan Perhubungan Desa-Jalan Ladang berjumlah RM13.5 juta melibatkan 28 projek turut dilaksanakan bersama 18 projek Program Ameniti Sosial dengan peruntukan RM5.25 juta.

Kementerian komited memastikan semua kawasan luar bandar mendapat akses kepada jalan perhubungan serta sumber bekalan air bersih dan terawat.

Langkah ini bagi memastikan tiada pihak tertinggal dalam menikmati pembangunan yang akan dilaksanakan.

Bagi Parlimen Selangau, terdapat empat Projek Mesra Rakyat dilaksanakan merangkumi tiga projek JPD dan satu PPRS dengan kos keseluruhan RM1.9 juta.

Projek ini memberi manfaat kepada 23 Ketua Isi Rumah menerusi baik pulih PPRS serta 750 penduduk kampung melalui naik taraf JPD di kawasan Selangau.

Mengenai bekas jalan balak, kementerian tidak mempunyai program khusus bagi penyenggaraan bekas jalan balak.

Namun laluan tersebut boleh dinaik taraf menjadi jalan dengan piawaian JKR melalui Program Jalan Luar Bandar (JALB).

Sejak Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak 23 projek dengan kos RM1.47 bilion diluluskan bagi menaik taraf bekas jalan balak di kawasan pedalaman Sarawak sepanjang 536.2 kilometer.

Daripada 23 projek tersebut, sebanyak lapan projek telah siap dengan 11 projek dalam pembinaan dan empat lagi projek dalam peringkat prapelaksanaan.

Bekas jalan balak yang telah siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk didaftarkan sebagai jalan negeri.

Jalan tersebut seterusnya layak untuk diselenggara di bawah peruntukan MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Jockey Club Multiple Pathways Initiative – CLAP-TECH Pathway, Led by HKBU, Releases Report Highlighting the Importance of Vocational and Professional Education and Training in...

Led by HKBU and funded by The Hong Kong Jockey Club Charities Trust, the CLAP-TECH initiative showcases how Vocational and Professional Education and Training (VPET) empowers secondary students with practical skills, diverse pathways, and stronger career readiness.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img