the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

6 lelaki ditahan polis selepas pergaduhan tular di Jelutong

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Polis tahan 6 lelaki susulan pergaduhan di hadapan restoran Jelutong, dipercayai berpunca daripada pertikaian jual beli kereta.

GEORGE TOWN: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong.

Kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada pukul 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata semua suspek berusia antara 25 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar negeri.

“Punca kejadian dipercayai akibat pertikaian urusan jual beli sebuah kereta antara dua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Empat suspek utama telah direman selama tiga hari sehingga 18 Disember manakala dua lagi direman sehari bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 2.24 minit memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di tepi jalan.

Dalam rakaman itu, ada yang dilihat menggunakan topi keledar untuk memukul antara satu sama lain dan merosakkan sebuah kereta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img