the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

87 saman trafik dikeluarkan semasa RXZ Members Ride 3.0 di Melaka

Polis Melaka merekod 87 saman trafik sepanjang program RXZ Members Ride 3.0, termasuk kesalahan lesen tamat, tiada insurans dan aksesori haram

MELAKA: Sebanyak 87 saman trafik telah dikeluarkan sepanjang penganjuran program RXZ Members Ride Edition 3.0 dari 12 hingga 14 Disember.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Melaka.

“Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (14 kes), tiada lesen memandu (13 kes) dan lesen memandu tamat tempoh (satu kes) serta tidak mempamerkan pelekat P atau L (11 kes),” katanya.

Kesalahan lain melibatkan aksesori tidak dibenarkan (10 kes), tiada perlindungan insurans (sembilan kes), tiada cermin sisi (enam kes) dan tiada nombor pendaftaran (lima kes).

Polis turut merekod kesalahan topi keledar (lima kes), ubah suai ekzos (empat kes), kesalahan nombor plat (tiga kes) serta lampu brek (tiga kes).

Dua kes tidak patuh arah dan satu kes gagal berhenti juga direkodkan sepanjang tempoh operasi itu.

Dzulkhairi menambah tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau juga mengesahkan tiada sebarang kemalangan maut atau parah dilaporkan melibatkan peserta program tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

tridorian Takes Southeast Asian Innovation Global with the U.S. Launch After Breaking $15.6M ARR in 24 Months

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - tridorian, the region's premier people-centric Google Cloud Partner, today announced its official launch into the United States with a new regional headquarters in Chicago.

‘Exhausting cycle of month-to-month survival’

Young professionals in Greater Kuala Lumpur describe an exhausting cycle of survival as salaries fail to cover rising living costs, with many left with under RM100 monthly.
spot_img

Popular Categories