the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia catat kemajuan memberangsangkan dalam agenda SDG

Malaysia unjur capai Matlamat Pembangunan Mampan sebanyak (SDG) 49% menjelang 2030, mengatasi purata global 18%, kata Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara.

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan unjuran pencapaian 49% menjelang 2030.

Angka ini jauh mengatasi purata global sebanyak 18%, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memaklumkan pencapaian itu dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 yang dipengerusikannya.

“Namun di sebalik angka positif ini, masih banyak yang harus kita tangani khususnya terkait 10 Fokus Utama SDG negara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Isu-isu kritikal termasuk malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pengurusan murid berkeperluan khas dan peluang pekerjaan buat golongan kurang upaya.

Anwar menekankan usaha itu menuntut kerjasama semua pihak merentasi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan masyarakat sivil.

Beliau berhasrat agar tiada insan yang tersisih daripada arus pembangunan negara.

Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.

Matlamatnya adalah menuju kemajuan yang terangkum, mampan serta sejahtera demi masa depan anak-anak dan tanah air. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Ninja Van bets on integrated logistics

Ninja Van Malaysia expects the domestic logistics sector to grow at approximately 5% annually from 2025 to 2030, with clear implications for their business.
spot_img

Popular Categories