the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, hanya empat PPS masih aktif

Mangsa banjir di Sarawak turun kepada 622 orang, dengan hanya empat pusat pemindahan sementara masih beroperasi di Sibu, Bintulu dan Sebauh.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun kepada 622 orang petang ini.

Mereka terdiri daripada 194 keluarga, berbanding 1,603 orang daripada 498 keluarga pada pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya empat PPS masih beroperasi.

Pusat-pusat itu melibatkan kawasan Sibu, Bintulu dan Sebauh.

Kesemua lima PPS di daerah Serian telah ditutup pada pukul 2 petang tadi.

“Di Sibu, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek yang menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga,” menurut kenyataan JPBN.

Sebanyak 282 mangsa daripada 85 keluarga di Bintulu masih berlindung di PPS Dewan Suarah Bintulu.

Di Sebauh, PPS Balai Raya Sebauh menempatkan 150 mangsa manakala PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 184 mangsa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings