the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agensi kerajaan disaran laksana tindakan hindari penggunaan plastik sekali guna

PUTRAJAYA: Semua agensi kerajaan perlu melaksanakan tindakan menghindari penggunaan plastik sekali guna di organisasi masing-masing semasa mesyuarat, majlis rasmi serta apa-apa jua program, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan menerusi edaran Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024 berkaitan Strategi Pelaksanaan Menghindari Plastik Sekali Guna yang telah mula berkuat kuasa pada tarikh pekeliling dikeluarkan iaitu pada 12 Julai lepas, dan telah dibentang serta diambil maklum oleh Jemaah Menteri semalam.

Nik Nazmi berkata semua jabatan dan agensi terlibat perlu mengikuti panduan bagi menghindari penggunaan plastik sekali guna, iaitu dengan menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jag air; dan menggantikan pembalut plastik di piring, pinggan, mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata semua pihak yang berkenaan juga disaran tidak menyediakan pinggan, piring, mangkuk, cawan atau kutleri bersifat sekali guna, serta mengelakkan penggunaan straw plastik; di samping menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula.

Beliau berkata amalan-amalan baik seperti membawa bekas makanan, sudu, garpu dan penyedut minuman yang boleh diguna semula untuk kegunaan peribadi; serta menggunakan beg woven atau beg khas yang boleh diguna semula semasa membeli makanan dan minuman di kafeteria, hendaklah diteruskan pelaksanaannya.

Nik Nazmi berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam komited menangani isu pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna yang memberi kesan negatif kepada kelestarian alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negara.

“Malah strategi menghindari plastik sekali guna telah mula dilaksanakan di kementerian ini sejak 2018,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings