Agihan Bantuan Awal Persekolahan di Melaka dijangka selesai hujung Januari, melibatkan 155,406 penerima dengan peruntukan RM23.3 juta
MELAKA: Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Melaka dijangka selesai diserahkan kepada semua penerima pada hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim (gambar) berkata, proses pengagihan berjalan lancar dan tersusun dengan kerjasama baik daripada ibu bapa.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura BAP peringkat Melaka 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Krubong.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM23.3 juta bagi BAP di Melaka tahun ini.
Peruntukan itu melibatkan 155,406 penerima daripada kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
BAP diagihkan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.








