the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong ingatkan graduan jadi pembina tamadun unggul, elak perkara tidak sihat

Yang di-Pertuan Agong titah graduan jangan leka dengan kemodenan, perlu jadi pemimpin muda berintegriti dan bina tamadun unggul.

KUALA LUMPUR: Graduan diingatkan supaya tidak leka dalam mengharungi arus kemodenan dan terlibat dalam perkara tidak sihat.

Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, mereka perlu meletakkan diri sebagai pembina tamadun yang unggul.

Baginda menegaskan graduan perlu menggunakan ilmu yang diperoleh untuk kemajuan ummah dan menggalas tanggungjawab menjadi pemimpin muda.

“Pada hemat saya, ilmu yang diperoleh di universiti ialah amanah yang harus dikembalikan semula kepada masyarakat dan negara,” titah Seri Paduka Baginda.

“Ilmu bukan sekarat untuk kemajuan diri sendiri. Yang lebih penting ialah cara ilmu tersebut digunakan untuk kebaikan semua.”

Titah Sultan Ibrahim, sejarah tamadun Islam membuktikan ilmu boleh membawa umat daripada kejahilan kepada cahaya kebenaran.

Titah itu disampaikan semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong bertitah negara menaruh harapan tinggi kepada graduan.

Baginda berharap mereka menjadi pemimpin muda yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Mereka juga perlu memiliki nilai integriti dan dedikasi untuk berkhidmat kepada negara.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

The wisdom derived from the great migration: Hakka medicine – the unique “medical epic” of the Hakka people

The 7th World Hakka Conference in Meizhou showcased the rich legacy of Hakka medicine, shaped through centuries of migration and cultural exchange. Featuring iconic remedies like Shuangliao Houfeng Powder, the event highlighted how Hakka communities across the world continue to preserve and promote this unique medical tradition.
spot_img

Popular Categories