the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir kesyukuran lawatan negara ke Arab Saudi berjalan lancar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir syukur kepada kerajaan Arab.

RIYADH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kesyukuran kerana lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Arab Saudi selama empat hari bermula Isnin lepas berjalan lancar. 

Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana menerima keberangkatan Seri Paduka Baginda dan memberi layanan yang cukup baik.

“Saya amat menghargai perbualan mesra bersama Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi) yang penuh bermakna dan menegaskan hasrat untuk terus mengukuhkan kejayaan yang telah dicapai bersama selama ini.

“Pengetahuan, semangat dan visi Putera Mohammed dalam mentransformasikan Arab Saudi di bawah Visi 2030 cukup menginspirasikan saya,” titah Seri Paduka Baginda menerusi laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Yang di-Pertuan Agong turut berharap hubungan Malaysia dan Arab Saudi akan terus kukuh dalam segala aspek.

Sultan Ibrahim berangkat ke Bahrain pada hari ini selepas mengakhiri lawatan negara selama empat hari di Arab Saudi.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh pada 2.23 petang waktu tempatan (7.23 malam waktu Malaysia).

Lawatan itu mencatat sejarah sebagai lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 1984.

Arab Saudi ialah rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (USD9.79 bilion). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.
spot_img

Popular Categories