the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi atas layanan baik kepada rakyat Malaysia

Sultan Ibrahim ucap terima kasih kepada Arab Saudi atas layanan baik kepada 5,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sektor minyak, gas dan kesihatan.

RIYADH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan baik terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu dalam pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, perkhidmatan dan kesihatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Al-Yamamah di sini semalam. 

Mohamed Khaled yang merupakan menteri pengiring bagi Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi berkata pertemuan itu berlangsung amat baik dan akrab dengan Seri Paduka Baginda disambut dengan istiadat sambutan negara.

“Yang di-Pertuan Agong juga telah maklumkan mengenai kehadiran lebih kurang 5,000 rakyat Malaysia yang terdapat di Arab Saudi yang berkhidmat dalam pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas, industri perkhidmatan dan kesihatan sebagai doktor serta jururawat.

“Kesemuanya berpuas hati dan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan terima kasih kepada Arab Saudi atas penerimaan rakyat Malaysia yang berada di negara ini,” katanya kepada Bernama.

Mohamed Khaled berkata Yang di-Pertuan Agong turut menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Arab Saudi atas perancangan pembangunan ekonominya sehingga 2030.

Katanya negara itu juga telah dipilih sebagai penganjur Ekspo Perdagangan Dunia pada hujung bulan ini dan Malaysia memberikan sokongan penuh.

Beliau berkata secara umumnya, lawatan negara serta pertemuan Sultan Ibrahim dan Putera Mahkota Arab Saudi menggambarkan hubungan rapat antara dua negara Islam.

Sultan Ibrahim kini dalam lawatan negara empat hari ke Arab Saudi bermula Isnin lepas, diiringi oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj.

Ini merupakan lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 1984.

Menurut kenyataan Istana Negara, lawatan negara ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan dua hala, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, geopolitik, pertahanan dan hal ehwal Islam.

Arab Saudi merupakan rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (USD9.79 bilion). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.
spot_img

Popular Categories