the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahli pengakap berperanan sebagai ejen keamanan dalam masyarakat

Ketua Pengakap Negara tekankan 300,000 ahli pengakap berdaftar sebagai ejen keamanan untuk pupuk keharmonian dan nilai kemanusiaan

SUNGAI PETANI: Ahli pengakap memainkan peranan penting sebagai ejen keamanan dalam usaha memupuk keharmonian, perpaduan dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.

Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata keamanan merupakan satu proses yang diusahakan dan dibentuk melalui pendidikan, nilai serta kepimpinan berakhlak.

“Terdapat kira-kira 300,000 ahli pengakap berdaftar di seluruh negara dan selaras dengan prinsip pendidikan keamanan yang ditekankan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), mereka berperanan sebagai ejen keamanan masyarakat,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pembukaan Seminar Keamanan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim di sini.

“Keamanan bukan sekadar ketiadaan konflik atau peperangan… keamanan ialah perjalanan berterusan yang bermula dalam diri individu dan diperkukuh melalui hubungan sesama manusia,” katanya.

Beliau berkata pergerakan pengakap menyediakan ekosistem pendidikan tidak formal yang berkesan membentuk generasi muda berkeupayaan mengurus perbezaan.

“Inilah yang diterjemahkan oleh pengakap melalui sistem patrol, khidmat masyarakat, disiplin, kerjasama dan rasa hormat,” katanya.

Mohd Zin menambah pendidikan keamanan kini menjadi keperluan asas peradaban manusia.

“Dalam dunia yang semakin menyaksikan perpecahan sosial, kebencian, maklumat palsu dan krisis kemanusiaan global, pendidikan keamanan tidak lagi boleh dianggap sebagai pilihan sampingan,” katanya.

Beliau berkata ahli pengakap di semua peringkat digalakkan menghidupkan nilai keamanan dalam tindakan harian.

Seminar Pendidikan Keamanan itu dianjurkan PPM dengan kerjasama The Prem Rawat Foundation (TPRF) dan Akademi Pengakap Negara.

Ia turut dihadiri kira-kira 70 peserta dari seluruh negeri.

Hadir sama Pengurus Wilayah Pasifik Utara TPRF Datin Paduka Dr Santha Kumari Natkunam, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah Ahmad Din dan Pengarah Akademi Pengakap Negara Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamad.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

HDBank posts strong profit growth with solid capital base, ready for new growth cycle

HCMC, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - The Ho Chi Minh City Development Joint Stock Commercial Bank (HDBank, ticker: HDB) recorded pre-tax profit of over VND21.3 trillion (US$820.5 million) in 2025, up 27.4% year-on-year and exceeding its target.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories