the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan didakwa cuba tipu, menyamar setiausaha sulit Tengku Mahkota Pahang

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lepas.

Datuk Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Redzuan didakwa cuba menipu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank, Abd Samad Khalid, 58, dengan menyamar dan mempercayai bahawa tertuduh sebagai Setiausaha Sulit kepada (SUS) Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang sehingga mendorong mangsa supaya melantik tertuduh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini pada 2.14 petang, 27 Mac 2020, mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh manakala peguam Ramalinggam yang mewakili Redzuan memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Okt untuk sebutan semula kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology raises Q2 2026 revenue outlook to at least US$44 million, driven by...

Gorilla Technology expects Q2 2026 revenue of at least US$44 million, significantly above market estimates, driven by contract execution and rising demand for AI infrastructure. The outlook represents more than 55% sequential growth and over 100% year-on-year revenue growth.

RZOLV reports preliminary positive laboratory results for sequential copper and gold extraction from selected...

RZOLV Technologies reported encouraging preliminary laboratory results using its proprietary RZOLV™ platform, achieving strong sequential copper and gold recoveries from selected low-grade copper-gold samples. The findings support further optimisation and evaluation of a feed-specific processing approach for future commercial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings