the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan rugi RM148,000 ditipu sindiket derma

Seorang ahli perniagaan kerugian RM148,000 selepas ditipu sindiket kutipan dana untuk program agama melalui tujuh transaksi dari 2020 hingga 2025

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan lelaki mengalami kerugian RM148,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang mendakwa mengutip dana untuk program agama.

Mangsa berusia 40 tahun itu membuat tujuh pindahan wang ke beberapa akaun antara 2020 hingga November 2025.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa membuat laporan selepas dimaklumkan dana tersebut disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

“Mangsa melakukan tujuh transaksi termasuk ke akaun individu, yayasan dan madrasah atas dasar kepercayaan serta niat baik untuk menyokong program agama dan pembinaan madrasah,” katanya.

Beliau menambah mangsa mendapat maklumat dana tersebut berkemungkinan disalahgunakan untuk aktiviti mencurigakan seperti penggubahan wang haram dan jenayah terancang.

Azli berkata mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan dan mendapatkan kembali wang yang telah diselewengkan.

Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mengesahkan unsur penipuan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Signature Alliance Group posts 45.0% YoY PBT growth to RM44.5m for 9M FY25, order book at RM297.4m

Signature Alliance Group Bhd delivered a strong set of results for the third quarter and first nine months of FY25, driven by steady project progress and tighter cost control. The ACE Market-listed interior fit-out specialist posted a 45% jump in nine-month PBT to RM44.5 million, with revenue rising 60.3% to RM382.2 million. With RM297.4 million in unbilled work and 83 active projects, the group says it has solid earnings visibility heading into 2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories