the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Maslan: K’jaan laksana strategi jangka sederhana kaji model pencukaian lebih teratur

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan strategi hasil jangka sederhana bagi mengkaji model pencukaian negara untuk tempoh tiga tahun dalam memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata model pencukaian negara pada masa ini tidak mampan dalam mengawal kadar hutang negara yang tinggi.

Menurutnya ini berikutan jumlah Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun ini adalah sekitar RM1.9 trilion daripada enam tahun purata jumlah hasil cukai kepada KDNK iaitu 11.55 peratus, antara yang terendah berbanding negara-negara Asean.

“Antara langkah kerajaan adalah menerusi pemberian subsidi bersasar, selain meluaskan asas hasil cukai, menambah baik, menyemak semula struktur dan perundangan cukai serta memberi insentif-insentif pencukaian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berhubung tindakan kerajaan untuk menyelaras cukai-cukai yang dikutip bersesuaian dengan negara Asean untuk meneruskan pembayaran hutang bagi membiayai faedah dan subsidi.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen pada tahun ini untuk membantu kerajaan mengawal selia kaedah negara membelanjakan wang.

Katanya tumpuan kerajaan pada masa ini adalah berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings