Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anggota jemaah menteri seru rakyat kukuh perpaduan hargai pejuang

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Barisan jemaah menteri melalui media sosial masing-masing hari ini mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 yang akan disambut esok kepada seluruh rakyat Malaysia, serta berharap sambutan kali ini akan lebih mengukuhkan perpaduan rakyat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga kebebasan untuk membina negara yang adil, bersatu dan penuh ihsan yang ditunjangi perpaduan.

“Perpaduanlah benteng utama kita, tanpa perpaduan tiada bangsa yang mampu bertahan dan melangkah jauh ke hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dzulkefly berkata tema Hari Kebangsaan tahun ini “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” menuntut semua lapisan rakyat untuk menolak prasangka, sebaliknya memupuk toleransi dan mengangkat kepedulian antara sesama insan.

Beliau berkata sebagai menteri bertanggungjawab terhadap kesihatan rakyat, kemerdekaan juga bermakna rakyat bebas daripada belenggu penyakit, bebas daripada ketakutan tidak mampu mendapatkan rawatan, bebas daripada stigma, dan bebas daripada jurang kesihatan yang merencatkan potensi diri.

“Kita boleh berbangga dengan kemajuan fizikal dan teknologi, tetapi nilai sebenar sebuah negara merdeka ialah apabila rakyatnya sihat, sejahtera dan hidup dengan maruah,” katanya.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi laman media sosial selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan berkata nikmat kemerdekaan yang dikecapi hingga ke hari ini, hasil perjuangan dan pengorbanan banyak pihak.

“Seperti ditegaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), perbuatan memecah-belahkan kaum mesti dihalang dengan tegas, dan bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan negara, rakyat harus menyemai semangat perpaduan dan cinta kepada tanah air,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menegaskan kemerdekaan mesti dijaga dan keamanan perlu dipertahankan, justeru kementeriannya komited untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada belenggu kemiskinan.

“Zakat dan wakaf, instrumen penting membina jaringan sosial MADANI agar tiada siapa tercicir,” katanya.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Hari Kebangsaan yang bersejarah itu bukanlah sambutan semata-mata, malah simbol bahawa kemerdekaan yang dinikmati sekarang adalah hasil pengorbanan, perjuangan, dan kebijaksanaan para pemimpin serta pejuang terdahulu.

“Mari kita ketengahkan tanggungjawab sebagai rakyat dalam mempertahankan kemerdekaan ini dengan memperkukuh perpaduan dan mengekalkan keamanan bersama demi negara,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img