the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, November 26, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis didakwa terima suapan RM500 untuk tutup kes khalwat

Lans Koperal didakwa terima suapan RM500 untuk tidak laporkan kesalahan khalwat kepada JAIS, menghadapi hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM500 untuk tidak melaporkan kesalahan khalwat.

Lans Koperal Che Mohamad Aswanee Che Ali, 35, didakwa menerima wang tersebut daripada seorang lelaki berusia 28 tahun melalui pindahan dalam talian.

Pertuduhan utama dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum penjara dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya.

Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Syarat ikat jamin termasuk melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 9 Januari 2026 untuk sebutan kes tersebut.

Che Mohamad Aswanee bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories