the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat- TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional (national resilience) demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata seruan itu selaras dengan tema Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-72 hari ini iaitu “Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam”.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sepanjang tujuh dekad ini, APM telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan.

“Sebagai menteri yang menjadi peneraju kepada APM, melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau berkata APM bukanlah sesuatu yang baharu buatnya kerana sejak 2015, beliau sudah melihat potensi besar untuk ditelusuri oleh sebuah agensi penting yang semakin dekat di hati masyarakat.

“Teruskan berkhidmat, memberi bakti kepada rakyat Malaysia. Tenaga yang dicurahkan, kami zahirkan rasa terima kasih buat semua warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan,” kata Ahmad Zahid.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings