the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

BAF 2025 tonjol keunikan seni Borneo dan semangat perpaduan

BAF 2025 tonjol seni Borneo sebagai wadah perpaduan, selari semangat Malaysia MADANI dan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026

LABUAN: Borneo Arts Festival (BAF) 2025 berjaya mempamerkan keunikan seni Borneo dan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata festival itu membuktikan seni sebagai wadah penyatuan masyarakat pelbagai kaum.

“BAF 2025 menunjukkan bahawa seni bukan sekadar hiburan, tetapi juga bahasa perpaduan yang menghubungkan seluruh lapisan masyarakat,” katanya pada majlis penutupan festival di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Beliau menekankan festival dengan tema “Warisan Seni Borneo: Jalinan Seni dan Cahaya” menggambarkan sinergi antara tradisi dan inovasi.

Fadillah berkata tema itu mencerminkan aspirasi masyarakat Borneo mengekalkan identiti budaya sambil menyesuaikan diri dengan kemajuan.

Beliau menambah seni dan budaya selari dengan nilai MADANI seperti Hormat, Ihsan, Keberdayaan dan Kesejahteraan.

“Melalui seni, kita diajar menghargai perbezaan sebagai kekuatan, bukan kelemahan,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri turut menekankan peranan Labuan sebagai hab seni, budaya dan ekonomi kreatif.

Beliau berkata limpahan ekonomi dari festival memberi manfaat besar kepada perniagaan tempatan dan usahawan kreatif.

“BAF menjadi pemangkin penting menjadikan Labuan sebagai pusat acara berimpak tinggi,” katanya.

Festival ini membuka peluang baharu kepada belia dan penggiat seni tempatan.

Usaha itu mendukung persediaan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan seni sebagai komponen utama.

Fadillah berkata Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya dipromosikan melalui subtema pelancongan Pesona 3W: #3Cerita1Jiwa.

“BAF 2025 adalah cerminan nyata kepada semangat #3Cerita1Jiwa,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan rakan strategik atas komitmen menjayakan festival sejak 13 November.

“Harapan saya agar BAF terus diperkasakan sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa,” ujarnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Jurgen Klopp joins Sir Kenny Dalglish’s LFC Legends management team for Borussia Dortmund charity clash

Jurgen Klopp will return to the Anfield dugout after joining Sir Kenny Dalglish’s management team for this year’s LFC Foundation Legends charity match against Borussia Dortmund Legends.The former Liverpool boss will assist Dalglish when LFC Legends face BVB Legends on March 28, 2026. They will be joined on the sidelines by club ambassadors Ian Rush and John Aldridge.
spot_img

Popular Categories