the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bahrain bersedia sambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memulakan lawatan negara ke Bahrain, lawatan pertama sejak 1974, sambutan istiadat penuh di Istana Sakhir

MANAMA: Bahrain bersedia menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memulakan lawatan negara bermula hari ini hingga Sabtu.

Deretan Jalur Gemilang dan bendera Bahrain berkibar meriah menghiasi jalan raya utama bandar raya ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda dijadual pada 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Lawatan negara ini merupakan lawatan pertama seumpamanya sejak 1974 ke Bahrain.

Ia bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara pulau di Teluk Parsi itu.

Lawatan tiga hari itu adalah atas undangan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.

Tahun lepas, jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Bahrain bernilai RM1.19 bilion.

Eksport Malaysia ke negara itu termasuk makanan diproses, produk sawit, produk elektrik dan elektronik serta peralatan pengangkutan.

Import utama dari Bahrain meliputi barangan logam, bijih dan sisa logam, produk petroleum serta besi dan keluli.

Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat.

Ia juga destinasi eksport ke-11 terbesar dan sumber import kelapan terbesar Malaysia di rantau tersebut.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong akan disambut oleh Raja Hamad dan Putera Mahkota Salman Hamad Al Khalifa di Istana Sakhir.

Sambutan istiadat penuh gemilang termasuk iringan pasukan berkuda dan sambutan daripada kumpulan pelajar Bahrain.

Istiadat juga menampilkan persembahan tarian tradisional ‘Ardah’ serta 21 das tembakan meriam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gem Sri Lanka 2026 concludes successfully: platinum sponsor GUILD propels industry growth

From January 7 to 9, Gem Sri Lanka 2026 was successfully held at the Shangri-La Hotel in the heart of Colombo, the capital of Sri Lanka. Her Excellency Dr. Harini Amarasuriya, Prime Minister of Sri Lanka, attended the official opening ceremony as the distinguished guest.

Most Viewed

Media OutReach Newswire and Asia News Network (ANN) Form Corporate News Release Partnership

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Asia News Network (ANN) and Media OutReach Newswire have entered a partnership for corporate news releases. The landmark agreement means that Media OutReach Newswire, as the only newswire, provides guaranteed online news postings on the ANN news website.
spot_img

Popular Categories