the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Banjir di Perlis, Perak reda, Pahang, Selangor meningkat

Keadaan banjir menunjukkan trend berbeza di empat negeri, dengan mangsa di Perlis dan Perak berkurangan manakala Pahang dan Selangor mencatatkan peningkatan petang ini.

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Perlis dan Perak menunjukkan penurunan petang ini, manakala Pahang dan Selangor mencatatkan peningkatan.

Di Perlis, seramai 186 orang masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 207 orang pada pagi tadi.

Di Perak, jumlah mangsa menurun kepada 2,206 orang di 16 PPS berbanding 2,690 orang pagi tadi.

Daerah Hilir Perak merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,201 orang, diikuti Bagan Datuk (600), Manjung (392) serta Larut, Matang dan Selama (13).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 62 orang daripada 15 keluarga berbanding 28 orang pagi tadi.

Daerah Raub kembali dilanda banjir dengan 34 mangsa dipindahkan ke dua PPS, manakala Maran dan Kuantan masing-masing menempatkan 21 dan tujuh mangsa.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 764 orang daripada 246 keluarga petang ini berbanding 699 orang pagi tadi.

Sembilan PPS kini beroperasi di negeri itu dengan Hulu Langat menjadi daerah baharu dilanda banjir selain Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.
spot_img

Popular Categories