the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Doktor ditahan disyaki bunuh isteri dan anak lelaki

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Johor menahan seorang doktor berusia 33 tahun disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya berusia empat tahun di kediaman mereka di Bandar Dato’ Onn.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang doktor berusia 33 tahun kerana disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya.

Mangsa yang merupakan seorang akauntan berusia 36 tahun dan anak lelakinya ditemui mati di kediaman mereka di Bandar Dato’ Onn pada 31 Disember tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata wanita itu ditemui dengan kesan kelar pada leher manakala anaknya dalam keadaan biru pada bahagian muka.

“Bedah siasat mendapati punca kematian wanita itu disebabkan asphyxia related death, manakala anak lelakinya akibat smothering dipercayai berunsurkan jenayah,” katanya.

Polis merampas sebilah pisau dan satu bantal beserta sarung bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan pada 3 Januari dan tempoh remannya berakhir pada hari ini.

Ab Rahaman berkata semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok di bawah Seksyen 302, Seksyen 201 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings