the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bapa kanak-kanak Rusia maut disengat ubur-ubur harap keselamatan Pantai Chenang ditingkatkan

Bapa kanak-kanak Rusia maut disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi harap keselamatan pantai dipertingkatkan elak tragedi serupa

ALOR SETAR: Bapa kanak-kanak warga Rusia yang maut akibat disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi berharap kejadian itu dapat dijadikan iktibar.

Nikita Lakubanets, 32, berkata langkah keselamatan di pantai pulau peranginan itu perlu dipertingkatkan bagi melindungi orang ramai.

“Mereka harus meningkatkan keselamatan pantai bagi mengelak tragedi serupa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau menegaskan kematian anak lelakinya menunjukkan masalah ini sangat serius dan meninggalkan kesan mendalam.

“Kami berharap dapat melihat penyelesaian kepada masalah ini.”

“Harapan kami, anak saya adalah individu terakhir yang meninggal dunia kerana insiden seperti itu,” tambah Nikita.

Terdahulu, Nikita dan isteri Olga, 32, menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin.

Mereka ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Anak pasangan itu, Vladimir yang berusia dua tahun menghembuskan nafas terakhir di HSB pada Rabu.

Kanak-kanak itu bertarung nyawa sejak kejadian pada 15 November lepas.

Pasangan itu merancang untuk melakukan proses pembakaran mayat sebelum abu anak mereka dibawa pulang ke Rusia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Daniel Ho Honoured with the “Cyber Security Professional Awards 2025” – Silver Award in Telecommunications Services Sector

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - HGC Global Communications ("HGC" or "the Group") is delighted to announce that Daniel Ho, Vice President, Unified Cyber Security and Digital Transformation Solutions of HGC, has been honoured with the "Cyber Security Professional Awards 2025" – Silver Award in the Telecommunications Services sector.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories