the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bazar lama Kampar musnah dalam kebakaran awal pagi

Sebuah bazar lama di Kampar yang menempatkan 54 unit niaga musnah dalam kebakaran, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

KAMPAR: Sebuah bazar lama di pekan Kampar musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Bazar yang terletak di Jalan Idris, Kampung Masjid itu menempatkan 54 unit ruang niaga.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 pagi.

Beliau memaklumkan hanya 10 unit yang beroperasi ketika kejadian, terdiri daripada kedai pakaian, barangan runcit dan makanan.

“Kesemua unit (niaga) di bazar lama berkenaan musnah dengan pihak kami dimaklumkan hanya 10 unit sahaja yang beroperasi,” katanya.

Bangunan bazar yang terbakar itu merupakan struktur lama satu tingkat dibina daripada kayu kelas C.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Kerja-kerja pemadaman melibatkan empat jentera serta 25 anggota bomba dari Balai Bomba Kampar, Gopeng dan Tapah.

Shazlean berkata pihak bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada jam 7.46 pagi.

Related

spot_img

Latest

2nd MOTIFX – embracing the beauty of Chinese culture: culture to nature – a surreal garden of botanical patterns

Following the critical acclaim of its inaugural edition, the 2nd MOTIFX – Embracing the Beauty of Chinese Culture returned from 4–6 December 2025 at DesignInspire, with major presentations continuing throughout 2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories