KUALA LUMPUR: Bekalan air di 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam, Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 16 jam bermula pukul 10 pagi hari ini, dijangka mula disalurkan kepada pengguna pada 2 pagi, esok.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata bekalan air mula disalurkan semula selepas kerja-kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang, dijangka siap sepenuhnya pada 8 malam ini.
Antara kawasan terlibat ialah Bagan Nakhoda Omar, Jalan Taman Pusara, seluruh Pekan Sekinchan, Jabatan Pengangkutan Jalan Sabak Bernam, Simpang Lima Hala Laut, Bagan Sungai Besar, Pantai Redang, Bagan Terap, Balai Polis Sabak, Sungai Haji Dorani, Taman Aman, Taman Bakti, Taman Harmoni, Parit 7 Sungai Leman, Jalan Kalabakan, Pusat Pertumbuhan Sungai Lang dan Pekan Sabak.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. â Bernama









